Monday, May 31, 2010

Ke Pulau Pangkor

Tepat jam 7.30 pagi, kami bertolak keluar dari UTP untuk ke Pulau Pangkor. Kami pergi berenam. Kami mengambil bas roadway daripada mengambil teksi kerana lebih jimat. Tambang bas (RM4.80) ke Lumut. Perjalanan ke Lumut mengambil masa kira-kira 1 jam. Rancangan asal adalah ke Teluk Batik dan plan B barulah ke Pulau Pangkor. Namun disebabkan ketiadaan bas untuk ke Teluk Batik dan tambang teksi yang mahal, kami mengambil keputusan untuk ke Pulau Pangkor. Macam tidak percaya nak ke Pulau Pangkor bersama teman-teman. Tiket feri ke Pulau Pangkor berharga RM10 untuk orang dewasa. RM10 itu merangkumi perjalanan pergi balik. Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki feri. Seronok!


Permulaan perjalanan agak pening-pening sedikit sebab feri bergoyang-goyang tapi bila feri dah mula berjalan, wah, seronoknya.. kami memilih untuk tidak duduk di tempat yang disediakan dan memilih untuk berdiri di kawasan belakang sambil menikmati angin laut. Perjalanan dari Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa kira-kira setengah jam. Pelbagai perkara menarik saya dapat lihat seperti nelayan sedang menjala ikan dan saya juga turut dapat melihat kapal TLDM. Besar..


Sesampai di jeti Pangkor, kami mengambil van untuk pergi mengelilingi Pulau Pangkor. Dengan RM80 bagi sebuah van, kami dibawa ke seluruh Pulau Pangkor. Memang berbaloi. Kitaorang berenam, jadi RM13.30 seorang. Lagi ramai lagi bagus sebab lagi jimat. Memang penting pun van ni sebab jarak antara destinasi ke destinasi lain jauh. Van ni bawa kami ke serata tempat menarik di Pulau Pangkor. Kira macam RM80 ni lengkap satu pakej. Van ni akan bawa kita ke mana-mana sahaja. Pak cik van ni juga berperanan sebagai pemandu pelancong.


Sepanjang perjalanan ke destinasi pertama, kami disajikan dengan cara hidup penduduk tempatan di Pulau Pangkor. Saya dapat melihat petempatan penduduk di sini.Tempat pertama yang dibawa oleh pak cik ini adalah ke Kota Belanda. Selama ni saya ingat Pulau Pangkor ni sekadar pulau, rupa-rupanya ada juga tinggalan sejarahnya.

Setelah berada di situ selama setangah jam, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, iaitu tokong cina. Saya tak tahu penduduk di sini panggil nama tokong tu apa. Tapi tokong ni menjadi salah satu daya tarikan pelancong di Pulau Pangkor ini.Apa yang istimewa di sini, saya dapat melihat ikan aropaima (agaknye la nama die macam tu..nak dekat-dekat sama la). Besar dan tersangat besar. Lebih besar dari ketinggian saya. Ada dua ekor ikan yang besar dan ikan yang lain-lain pun ada juga. Di sini kami dapat melihat replika tembok besar cina yang dibina di tokong ini. 




Destinasi kami seterusnya ialah kilang jualan makanan laut. Di sini terdapat makanan seperti ikan masin, sotong kering dan macam-macam lagi. Kitaorang baru je nak berjimat dengan nak berjalan-jalan je. Tak de nak beli-beli. Nampaknya harga yang murah ditawarkan berjaya juga membuatkan kami membuka dompet..=)



Destinasi seterusnya adalah yang paling ditunggu-tunggu iaitu pantai di Pulau Pangkor. Subhanallah, memang cantik. Airnya hijau dan pasirnya putih. Selama ni tengok dekat dalam gambar je, sekarang tengok live. Memang cantik. Sungguh.


 Kami menaiki bot dengan harga RM10 seorang dan berjalan-jalan di sekeliling pulau. Memang tenang dan mendamaikan. Dengan angin yang bertiup betul-betul buat kita sangat close dengan nature. Boleh juga dilakukan aktiviti menaiki banana boat, snorkeling, pusing-pusing satu pulau dan satu lagi saya tak ingat. Aktiviti-aktiviti ni datang dengan pakej. Kita boleh lakukan semua aktiviti di atas dengan harga hanya RM40. Tapi kitaorang naik boat je pusing-pusing keliling pulau. Masa pusing-pusing keliling pulau, pemandu boat tu memberikan sedikit penerangan tentang pulau ni. Saya dapat lihat pelbagai batu yang ada di sekeliling pantai ni dengan pelbagai bentuk seperti ikan paus, buaya, kura-kura. Pemandu boat tu cakap semua ni semulajadi. Subhanallah, hebatnya kekuasaan Allah. Kemudian, kami singgah di Coral Island. Coral Island ni adalah salah satu pulau kecil yang ada di Pangkor ini. Memang lagi cantik dan mendamaikan. Kami menghabiskan masa selama 1 jam di sana. Kitaorang main panjat-panjat batu angin memang mendamaikan. Memang lupa segala masalah. Rasa macam tak nak balik.





Setelah penat dan kesuntukan masa, kami pun dengan berat hati pulang ke UTP. Kenangan di Pangkor memang. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. InsyaAllah.

p/s : Tak nak balik!!!, Maaf ye gambar tak cantik sebab guna camera hp. Kos kesemua yang kami belanjakan juga bawah RM50 seorang yang penting kena pandai berjimat dan membuat pilihan, =)

7 comments:

FAUZAN said...

nice trip! best2!
duduk taiping 2 taun un tak penah pegi lagi..heh

peqa said...

SOUVENIOR!!!

Nurul Hamizah said...

peqa: pasir pantai nak?

.:hanif.razali:. said...

aku: nk souvenir..haha
farid: nak mknan laut..hehe

emilia said...

mizah~! wah~! pasnie boley jadi tourguide mya lak..

Anonymous said...

nk tau sgt psl pakej yg 40 tue. kt area mne yea pakej tue ad? mcm mne nk deal dgn diorg?

Nurul Hamizah said...

anonymous : untuk yang pakej aktiviti RM40 tu kami ada pergi satu booth di tepi pantai, x ingat yang mana.
Pergi sahaja dekat kawasan pantai. Di sekeliling pantai ada booth2 yang menawarkan pelbagai pakej aktiviti laut.
Ada banyak booth yang dibuka. Untuk harga dan pakej, setiap booth mungkin menawarkan aktiviti dan harga yang berbeza. Kena pandai survey yang mana paling murah dan menarik.
Kami pergi pada musim bukan cuti sekolah jadinya harga murah sedikit (RM40). Jika pergi pada musim cuti sekolah, harganya naik sedikit.